Saturday, February 7, 2009

Mari Pakai Barangan PAKAI

Bertempat di tempat letak kereta Taipan baru-baru ini telah berlangsung satu sesi bergambar yang telah di sempurnakan oleh fotografer berbakat kami untuk sebuah jenama indie clothing iaitu PAKAI CLOTHING.

Sesi fotografi ini juga di serikan dengan kehadiran beberapa orang model yang terdiri dari lelaki dan perempuan.

Ya! Lelaki dan perempuan.

Tanpa tidak membuang masa mari kita nikmati hasil dari tempat letak kereta Taipan USJ ini.

Yehaaaaaaa!!!







Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan PAKAI Clothing ini, boleh lah tambah mereka sebagai kawan di Myspace mereka.

Dan, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami. Bolehlah mengajukan terus kepada kami menerusi e-mel.

visualpharmacy@gmail.com

Chow Kit Road

Salam semua.

Kami semua masih lagi dalam mood yang tidak berapa rajin untuk mengemaskini blog berikutan kesemua dari kami ada yang sibuk dengan persiapan untuk berkahwin dan ada yang masih hangat bercinta. Ditambah pula dengan konflik di Gaza masih belum menemui jalan penyelesaian serta penubuhan kerajaan Perak yang masih lagi samar-samar keutuhannya, sehingga kami agak berputus asa untuk meneruskan projek ini.

Baiklah. Masalah peribadi dan masalah negara ni memang tak akan habis.

Jadi, mari kita segarkan mata dengan beberapa keping gambar ketika rakaman video promo untuk Visual Pharmacy tempoh hari.

Kalau tak segar juga, sila pergi basuh muka.







Nantikan update terbaru dari kami!!!!

visualpharmacy@gmail.com